Tanggal 28 Julai 2016
Bermula perjalanan kami (Anis, Fatihah Amin, Ulya, Madiha Fatin, Zuria, Lyana, Shazli, Lutfi, Mus dan Ali ) ke negara jiran Tanjung Pinang, Indonesia. Kami seramai 10 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai wakil Malaysia sebagai peserta Kuliah Kerja Nyata Kebangsaan 2016 (KKN Kebangsaan 2016). Sepatutnya pada awal yang terpilih seramai 15 orang tetapi 4 orang tarik diri di saat-saat akhir. Pada 28hb Julai hanya 10 orang yang berangkat ke Indonesia terlebih dahulu kerana kak pp ada masalah passport yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum berangkat ke Indonesia. Bagi daku, ujian kak pp sangat besar kerana pada mulanya masalah salah faham untuk buat passport menjadi lebih parah apabila pihak imigresen memberi tahu bahawa kak pp ingin membuat passport sebagai orang sabah agak sedikit rumit dan memerlukan sijil kelahiran yang asal. Ujian demi ujian menimpa kak pp, tapi riak kak pp yang relax dan sempoi menghadapinya membuatkan kalimah Allah dalam Al-Quran "Allah tidak membebani seseorang sesuatu yang tidak mampu dipikul olehnya" sahaja yang terbayang di minda ku saat simpati melihat kesusahan kak pp ke hulu hilir ke kolej mohon buka stor asrama kerana sijil kelahirannya di dalam stor tersebut, ke imigresan dan berhubung dengan pihak universiti. Andai ujian tersebut diturunkan padaku mungkin daku tidak mampu menghadapinya sebagai mana kak pp menangani segala masalahnya. Namun apakan daya kami, hanya mampu berdoa semoga urusan kak pp dipermudahkan... Maka perjalanan kami pagi ini tetap harus diteruskan...
Perjalanan dari UTM ke Pelabuhan STULANG LAUT (BERJAYA WATERFRONT), Johor kami menaiki bas UTM. Jimat sikit kos perjalanan lagipun ni kan program under universiti juga. hehe. Setibanya di Pelabuhan kami masing-masing hanya perlu menyediakan passport dan wang sebanyak RM 159 untuk membeli tiket ferry ulang-alik (2 way) yang pada awalnya nak beli online tapi tak jadi. Last-last beli adhock sebab selalunya kalau hari bekerja ada je tiket ke Tg. Pinang sebab tak ramai orang...Tapi kalau hari cuti lagi-lagi public holiday tak jamin la boleh terus dapat beli tiket...atleast kena beli sehari awal... haha... Seperti pemumpang ferry yang ke tempat lain juga, kami kena melalui beberapa kaunter then terus naik ferry sebab kami yang paling lambat. Nasib baik orang ferry sudi tunggu kami untuk naik ferry sesi pagi...kalau tidak naik ferry tengahari la... memang melangok la kat BERJAYA WATERFRONT tuh...
ku sangka redup hingga ke petang, namun hujan di tengahari...
Kami ingat dah naik ferry boleh la buat "taik mata" selepas beberapa minit yang pertama sibuk berselfie dan berwefie dalam ferry sementara menunggu 3 jam anggaran perjalanan. Pada awal perjalanan daku agak syak dan pelik kenapa kadar kelajuan ferry yang dinaiki ni agak perlahan? Daku pernah juga naik dekat langkawi ferry ala-ala begini tapi tidak la lambat sebegini...kiranya kalau naik kenderaan darat macam 40km/j sahaja kelajuannya. Hatiku terdetik "kalau lambat macam ni, tak cukup 3 jam untuk sampai Tg.Pinang ni...haha". Setelah beberapa minit perjalanan, daku masih boleh main instagram, facebook dan media sosial yang lain.... Pelik juga dah lama perjalanan masih dapat roaming dan internet Malaysia. Rupa-rupanya ferry yang dinaiki rosak di Pasir Gudang dan perlu menunggu ferry lain untuk tukar. Selepas beberapa minit, ferry ganti datang tapi sukar bagi penumpang menukar ferry dan mengalih barang-barang sebab cuaca saat itu kehujanan yang agak lebat. Akhirnya, orang ferry decide tukar dekat terminal stulang semula....makanya, ferry terpaksa berpatah balik ke stulang dengan kelajuan yang slow tadi sebab rosak...haha... Maka process tukar ferry itu sahaja memakan masa 3 jam, yang sepatunya kami sudah sampai ke Tg.Pinang. Wakil UTM langsung inform kepada wakil UMRAH (Universitas Maritim Raja Ali Haji) sebab penangguhan perjalanan kami ke Tg.Pinang. Selepas langsung tukar ferry perjalanan diteruskan dengan ferry yang saiznya lebih kecil tapi kelajuannya lebih meyakinkan berbanding ferry yang rosak tadi. haha.
Misi Perjalanan ke Tg. Pinang diteruskan...
kami tiba di Pelabuhan Tg.Pinang sekitar jam 3.30 petang macam tu. Bas UMRAH selaku Universiti Tuan Rumah jemput kami di terminal untuk distribute peserta KKN Kebangsaan dari Malaysia ke desa-desa sekitar Bintan. Daku desa second last yang dihantar iaitu Desa Berakit. Last sekali baru Ulya di Desa Telok Bakau. Saat ketemu teman-teman satu team di hadapan posko cowok, daku masih kurang ingat dan cam nama ahli kumpulanku masing-masing sebab melihat wajah mereka sebelum ini hanya dalam group LINE sahaja. As usual, gambar maya dan realiti mesti la lain. Orang gemok boleh jadi kurus, yang gelap pun boleh jadi putih melepak. haha. Reaksi mereka ketemu daku sebagai satu-satunya warga Malaysia seolah-olah sangat mengujakan mereka. rasa terharu kejap......cewahhh. Tapi tindakan pertama yang daku laksanakan hanya tersenyum dengan wajah yang manis saat menolak secara hormat dari bersalaman dengan cowok-cowok satu kumpulan denganku.(dah prepare awal cara nak avoid salam dengan ajnabi, selalu refer movie indonesia yang religi). Langsung daku dihantar ke posko cewek yang sedikit jauh lokasinya dari posko cowok. Selepas bersalam mesra dan bertaaruf daku berhemat diri cari port sesuai untuk jadikan tempat tido.huhu. Bak kata orang, kalau dah disorongkan bantal, ruang tido dah melambai-lambai jangan tolak peluang ni. haha. Esoklah baru sambaung ngombrol (borak) dengan diorang, masa banyak lagi disini. hehe..
No comments:
Post a Comment