Daku mula berbicara tatkala ILHAM datang menjengah,
Daku hanya MANUSIA biasa yang berkongsi cerita,
Daku tidak berniat mengguris sesiapa,Andai sanubariMU terseksa,
Seribu kemaafan daku meminta,
Mengharap teguran agar tidak tersasar...
Sepanjang perjalananku.....
Menuju ke SYURGA...INSYAALLAH..

Sunday, July 31, 2016

KKN Kebangsaan 2016 @ Desa Berakit Episod 3

Tanggal 31 Julai 2016

Beberapa hari di Desa Berakit ini, memberikan pengalaman dan pembelajaran hidup yang sangat bermakna dalam hidupku. Kalau dekat Malaysia, apa yang boleh ana katakan program seperti ini lebih kepada gabungan khidmat pendidikan + khidmat masyarakat dengan kedua elemen ini sekaligus membawa mahasiswa lebih mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan keupayaan kepada masyarakat. Kukerta (kuliah kerja nyata) kali ini bertemakan ekowisata (eko-pelancongan) bertujuan menaik taraf segala potensi wisata (pelancongan) yang ada di Desa Berakit yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat sekeliling bagi memantapkan aspek ekonomi dan sosial masyarakat Desa Berakit. Mula-mula blur juga kena buat apa datang  sini. Yela.... tak hadam betul-betul panduan softcopy yang UTM International bagi mengenai program ini sebab Bahasa Indonesia ada certain word yang kurang faham (alasan!!!...haha).

Maka, memandangkan tema program ni ekowisata dan ada 6 teras yang perlu dilaksanakan. Teammate ana subkan bawah teras ke-5 handle bahagian website, instagram, page dll. Ana okay je dapat task apa-apa pon. Nasib baik bukan bahagian cari panorama ekowista dalam laut ke apa...dah la tak tahu berenang. Meh sini ana bagi link gerak kerja kami :

Instagram : @visitberakit / https://www.instagram.com/visitberakit/

Jangan lupa review dan follow ea. Baiklah, berbalik kepada aktiviti hari ini adalah berkarang bareng teammate. Berkarang ni macam aktiviti cari siput, gong-gong, kepiting (ketam) dekat tepi pantai sambil2 tu ambil beberapa foto yang bersesuaian dengan KKN kami. What i can said, pemandangan pantai yang kami pergi ni cantik dan air jernih. Then,  pantai ni ada mangrove (pokok bakau) sekali. Tak nak la sembang je kan...meh tengok gambar-gambar berikut :

Gong-gong
cari siput

cantik kan? siap ada reflection lagi dekat air laut yang jernih tuh.



Friday, July 29, 2016

KKN Kebangsaan 2016 @ Desa Berakit - Episod 2



Tanggal 29 Julai 2016

Memandangkan semalam sampai posko cewek kat desa berakit ni dah lewat malam, jadi tak sempat kenal semua. Let me introduce geng-geng KKN Kebangsaan 2016 yang bertempat di Kabupaten Bintan, Kecamatan Telok Sebong, Desa Berakit ini terdiri daripada 15 orang mahasiswa dari 12 universiti yang berbeza. Menarik sangat dapat kenal teman-teman indonesia yang berbeza suku seperti ini :











Thursday, July 28, 2016

KKN Kebangsaan 2016 @ Desa Berakit - Episod 1


Tanggal 28 Julai 2016

Bermula perjalanan kami (Anis, Fatihah Amin, Ulya, Madiha Fatin, Zuria, Lyana, Shazli, Lutfi, Mus dan Ali ) ke negara jiran Tanjung Pinang, Indonesia. Kami seramai 10 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai wakil Malaysia sebagai peserta Kuliah Kerja Nyata Kebangsaan 2016 (KKN Kebangsaan 2016). Sepatutnya pada awal yang terpilih seramai 15 orang tetapi 4 orang tarik diri di saat-saat akhir. Pada 28hb Julai hanya 10 orang yang berangkat ke Indonesia terlebih dahulu kerana kak pp ada masalah passport yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum berangkat ke Indonesia. Bagi daku, ujian kak pp sangat besar kerana pada mulanya masalah salah faham untuk buat passport menjadi lebih parah apabila pihak imigresen memberi tahu bahawa kak pp ingin membuat passport sebagai orang sabah agak sedikit rumit dan memerlukan sijil kelahiran yang asal. Ujian demi ujian menimpa kak pp, tapi riak kak pp yang relax dan sempoi menghadapinya membuatkan kalimah Allah dalam Al-Quran "Allah tidak membebani seseorang sesuatu yang tidak mampu dipikul olehnya"  sahaja yang terbayang di minda ku saat simpati melihat kesusahan kak pp ke hulu hilir ke kolej mohon buka stor asrama kerana sijil kelahirannya di dalam stor tersebut, ke imigresan dan berhubung dengan pihak universiti. Andai ujian tersebut diturunkan padaku mungkin daku tidak mampu menghadapinya sebagai mana kak pp menangani segala masalahnya. Namun apakan daya kami, hanya mampu berdoa semoga urusan kak pp dipermudahkan... Maka perjalanan kami pagi ini tetap harus diteruskan...



Perjalanan dari UTM ke Pelabuhan STULANG LAUT (BERJAYA WATERFRONT), Johor kami menaiki bas UTM. Jimat sikit kos perjalanan lagipun ni kan program under universiti juga. hehe. Setibanya di Pelabuhan kami masing-masing hanya perlu menyediakan passport dan wang sebanyak RM 159 untuk membeli tiket ferry ulang-alik (2 way) yang pada awalnya nak beli online tapi tak jadi. Last-last beli adhock sebab selalunya kalau hari bekerja ada je tiket ke Tg. Pinang sebab tak ramai orang...Tapi kalau hari cuti lagi-lagi public holiday tak jamin la boleh terus dapat beli tiket...atleast kena beli sehari awal... haha... Seperti pemumpang ferry yang ke tempat lain juga, kami kena melalui beberapa kaunter then terus naik ferry sebab kami yang paling lambat. Nasib baik orang ferry sudi tunggu kami untuk naik ferry sesi pagi...kalau tidak naik ferry tengahari la... memang melangok la kat BERJAYA WATERFRONT tuh... 

ku sangka redup hingga ke petang, namun hujan di tengahari...
Kami ingat dah naik ferry boleh la buat "taik mata" selepas beberapa minit yang pertama sibuk berselfie dan berwefie dalam ferry sementara menunggu 3 jam anggaran perjalanan. Pada awal perjalanan daku agak syak dan pelik kenapa kadar kelajuan ferry yang dinaiki ni agak perlahan? Daku pernah juga naik dekat langkawi ferry ala-ala begini tapi tidak la lambat sebegini...kiranya kalau naik kenderaan darat macam 40km/j sahaja kelajuannya. Hatiku terdetik "kalau lambat macam ni, tak cukup 3 jam untuk sampai Tg.Pinang ni...haha". Setelah beberapa minit perjalanan, daku masih boleh main instagram, facebook dan media sosial yang lain.... Pelik juga dah lama perjalanan masih dapat roaming dan internet Malaysia. Rupa-rupanya ferry yang dinaiki rosak di Pasir Gudang dan perlu menunggu ferry lain untuk tukar. Selepas beberapa minit, ferry ganti datang tapi sukar bagi penumpang menukar ferry dan mengalih barang-barang sebab cuaca saat itu kehujanan yang agak lebat. Akhirnya, orang ferry decide tukar dekat terminal stulang semula....makanya, ferry terpaksa berpatah balik ke stulang dengan kelajuan yang slow tadi sebab rosak...haha... Maka process tukar ferry itu sahaja memakan masa 3 jam, yang sepatunya kami sudah sampai ke Tg.Pinang. Wakil UTM langsung inform kepada wakil UMRAH (Universitas Maritim Raja Ali Haji) sebab penangguhan perjalanan kami ke Tg.Pinang. Selepas langsung tukar ferry perjalanan diteruskan dengan ferry yang saiznya lebih kecil tapi kelajuannya lebih meyakinkan berbanding ferry yang rosak tadi. haha.

Misi Perjalanan ke Tg. Pinang diteruskan...
kami tiba di Pelabuhan Tg.Pinang sekitar jam 3.30 petang macam tu. Bas UMRAH selaku Universiti Tuan Rumah jemput kami di terminal untuk distribute peserta KKN Kebangsaan dari Malaysia ke desa-desa sekitar Bintan. Daku desa second last yang dihantar iaitu Desa Berakit. Last sekali baru Ulya di Desa Telok Bakau. Saat ketemu teman-teman satu team di hadapan posko cowok, daku masih kurang ingat dan cam nama ahli kumpulanku masing-masing sebab melihat wajah mereka sebelum ini hanya dalam group LINE sahaja. As usual, gambar maya dan realiti mesti la lain. Orang gemok boleh jadi kurus, yang gelap pun boleh jadi putih melepak. haha. Reaksi mereka ketemu daku sebagai satu-satunya warga Malaysia seolah-olah sangat mengujakan mereka. rasa terharu kejap......cewahhh. Tapi tindakan pertama yang daku laksanakan hanya tersenyum dengan wajah yang manis saat menolak secara hormat dari bersalaman dengan cowok-cowok satu kumpulan denganku.(dah prepare awal cara nak avoid salam dengan ajnabi, selalu refer movie indonesia yang religi). Langsung daku dihantar ke posko cewek yang sedikit jauh lokasinya dari posko cowok. Selepas bersalam mesra dan bertaaruf daku berhemat diri cari port sesuai untuk jadikan tempat tido.huhu. Bak kata orang, kalau dah disorongkan bantal, ruang tido dah melambai-lambai jangan tolak peluang ni. haha. Esoklah baru sambaung ngombrol (borak) dengan diorang, masa banyak lagi disini. hehe..


Saturday, May 7, 2016

Sajak Inspirasi Muslimah

Inspirasi Muslimah



Duhai Saidatina Khadijah,
Ratu Quraisy usahawan ternama,
Terpesona dengan kejujuran baginda,
Menjentik hatimu biar terbuka,
Dikaulah serikandi pertama,
Jadikan Islam sebagai agama. 

Duhai Saidatina Khadijah,
Wanita suci gelaran diberi,
Elok pekerti baik berbudi,
Kerendahan jiwamu meminang Nabi,
Mahligai terbina indah bersemi,
Dikaulah serikandi syurgawi. 

Duhai Saidatina Khadijah,
Tatkala baginda keseorangan,
Dikau hadir menjadi teman,
Tatkala baginda disisihkan,
Dikaulah penabur harapan,
Tatkala baginda kebuntuan,
Dikaulah inspirasi penunjuk jalan.  

Duhai Saidatina Khadijah,
Pengorbanan ikhlasmu tidak terkira,
Tonggak utama dakwah baginda,
Pemergianmu tetap menjadi tangisan,
Kebaikanmu tetap menjadi sebutan,
Dikaulah mujahidah manifestasi ketaqwaan. 

Duhai Saidatina Khadijah,
Mawar agama indah tersimpan,
Pendamping setia suami tercinta,
Dikaulah lagenda cinta ke syurga,
Inspirasi muslimah zaman berzaman.

-ANAS-


Sumone said tone sajak ana buat nih macam pantun....maaf xberbakat buat sajak,..maybe ter "influence" dengan pengalaman pantun sebelum nih...adehhh... saje try2 nak masuk pertandingan, walaupun tak win atleast ade effort nk buat ye dokk??btw, hope readers boleh amik ikhtibar dari sirah saidatina khadijah nih...penat den study okeh....enjoy reading deh...lol....kalau nk gelak guling2 plis dun inform me.. 

Friday, January 1, 2016

Racun-racun dakyah : Sambutan Tahun Baru (Masehi), Amalan Siapa???


Firman Allah SWT: "...Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya ?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan"(Al-Baqarah:140)

Tahun 2016 sudah membuka tirainya..... meningkatnya tahun, meningkat juga usia kita? bagaimana pula dengan amalan kita ? renungkan semula...Allahu....Harini ana ingin berkongsi sejarah disebalik perayaan/sambutan Tahun Baru (Masehi) itu sendiri....

Tahun Baru 2016 Masehi ???

Setiap tahun....tanggal 1 Januari seluruh umat manusia di atas muka bumi ini seolah-olah sedang merayakan satu hari keramat dalam kalendar sejarah peradaban manusia. Sebelah malam sebelumnya, iaitu tanggal 31 Dec, pada detik 12 malam mereka berkumpul pada tempat-tempat tertentu bagi menyaksikan hiburan, bunga api, serta pelbagai aktiviti lagi yang semuanya boleh menjurus kepada kemaksiatan, pembaziran dan masalah sosial.

Bagi penganjur yang mengubah tradisi ini kepada majlis ceramah agama perdana atau konsert nasyid.... ana harap dapat diteruskan dan membuat lebih penambahbaikan supaya budaya kemungkaran dapat dihapuskan dalam negara kita kelak....Allahumma aminn...

Persoalannya disini, wajarkah sambutan ini? Apa yang disambut sebenarnya? Tahun baru...! Bagi umat islam ini bukan tarikhnya. Lantas apakah yang diraikan dan disambut hinggakan begitu beria-ia??

ISTILAH TAHUN MASEHI

Perkataan Masehi biasanya di rujuk kepada tarikh tahun menurut Kalendar Gregorian. Kata ini berasal dari Bahasa Arab. Awal tahun Masehi ini dirujuk kepada tahun kononnya sebagai tahun kelahiran Nabi Isa Al-Masih, maka kalendar ini dinamakan Masihiyah atau Yesus dari Nazaret.

Manakala, istilah 'Sebelum Masihi' (SM) dirujuk pada masa sebelum tahun tersebut. Sebahagian besar orang non-kristian biasanya menggunakan singkatan M dan SM. Sistem penanggalan yang merujuk pada awal tahun Masehi ini mula digunakan di Eropah Barat sejak abad ke-8.

Dalam bahasa Inggeris dan dipergunakan secara internasional istileh Masehi disebut sebagai 'Anno Domini' (AD) dan Sebelum Masehi disebut sebagai 'Before Christ' (BC).

ASAL HITUNGAN 

Sistem penentuan dan perhitungan hari, bermula dari ilmu astrologi iaitu ilmu tentang pergerakan benda-benda langit seperti matahari,bulan dan bintang. Ilmu ini berkembang sejak zaman pemerintahan Babilion kuno, iaitu lebih kurang 2000 SM.

Penentuan hari atau bulan melalui kaedah ini, tidak salah. Malah Allah SWT telah berfirman melalui ayatNya yang bermaksud:

"Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanay faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya)satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya)". (Yunus : 5)

Namun apa yang perlu diteliti adalah penggunaan bulan dan hari yang diguna pakai oleh seluruh dunia sekarang dimana fahaman gereja mempunyai pengaruh yang besar dalam penentuan hari dan bulan, apatah lagi PERAYAAN TAHUN BARU....!!!

KALENDAR ARAB JAHILIAH

Di zaman pra Islam, kaum Arab menggunakan taqwim berasaskan kepada sistem lunar (Qamariah). Walau bagaimanapun, mereka banyak mencampur adukkan perbuatan melewatkan tarikh atau mengawalkannya sehingga kiraan menjadi begitu keliru.

Golongan Arab Jahiliah pra Islam telah meminda kalendar yang mereka gunakan itu semata-mata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu. Mereka telah menjadikan di dalam satu tahun sebanyak 13 bulan lantas lantas menjadikan bulan Muharram itu sebagai Safar.

Mereka merasa berat disebabkan musim haji yang ada kalanya berlaku pada musim sejuk. Ini menyukarkan agenda perniagaan mereka lantas mereka mengubah bilangan bulan dalam setahun semata-mata dengan tujuan untuk menjatuhkan musim haji pada waktu yang selesa dengan kepentingan diri. Begitu juga, mereka sukar hendak menahan diri daripada melakukan genjatan senjata, mengelakkan pertumpahan darah pada tiga bulan Haram yang berturut-turut iaitu Dzulkaedah, dzulhijjah dan Muharram, lantas perubahan bilangan bulan dilakukan.

Untuk membetulkan kembali penyelewangan yang dilakukan oleh Arab Jahiliah Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan disisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah Agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa." (At-Taubah :36)

PEMBERIAN NAMA BULAN MASEHI

Sejak zaman romawi, iaitu sebelum pemerintahan Julias Caesar; mereka membahagikan bulan-bulan dalam 10 bulan saja iaitu;


  1. Martius (March)
  2. Aprilis (April)
  3. Maius (Mei)
  4. Junius (Jun)
  5. Quintilis (July)
  6. Sextilis (Ogos)
  7. September (September)
  8. October (Oktober)
  9. November (November)
  10. December (Disember)
Seperti kelazimannya, apabila sesuatu perkara yang mempunyai pengaruh gereja, maka ianya akan mempunyai maksud atau pengertian tertentu yang perlu kita fahami. Begitu juga dengan penentuan bulan-bulan ini dimana pemberian nama ini, ada kaitnya dengan DEWA bangsa Romawi.

Bulan Martius (March) mengambil nama Dewa Mars, manakala nama-nama bulan Aprilis (April) diambil dari kata Aperiri, sebutan untuk cuaca yang nyaman di dalam musim panas. Seterusnya, bulan Maius (May) mengambil nama dewa Maia dan bulan Junius (Jun) mengambil nama dewa Juno.

Sedangkan nama-nama Quintrilis, Sextrilis, September, October, November dan December adalah nama yang diberikan berdasarkan angka urutan susunan bulan. Quantrilis bererti bulan kelima, Sextilis bulan keenam, september bulan ketujuh, October bulan kedalapan dan December bulan kesepuluh.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan ini, didapati bahawa suatu ketika dahulu permulaan tarikh (awal tahun) jatuh pada bulan maret (March). Hal ini berkait rapat kaitannya dan musim dan pengaruhnya kepada tata kehidupan masyarakat di Eropah.

Bulan March (tepatnya 21 March) adalah permulaan musim panas disambuut dengan perayaan sukacita kerana dipandang sebagai mulainya kehidupan baru, setelah selama 3 bulan mengalami musim dingin. Jadi kedatangan musim panas ini dirayakan sebagai PERAYAAN TAHUN BARU setiap tahun.

Setelah beberapa ketika, bulan yang hanya terdiri dari 10 bulan itu kemudian ditambah menjadi 12 bulan, tambahan 2 bulan, iaitu bulan Januarius dan Februarius.

Januarius adalah nama dewa Janus, dewa ini berwajah dua, menghadap kedepan dan kebelakang, hingga kononnya dapat memandang masa lalu dan masa depan, sebab itu Januarius ditetapkan sebagai bulan pertama.

Februarius diambil nama sempena dari suatu upacara Februa, iaitu upacara bagi menyambut kedatangan musim panas. Dengan ini februarius menjadi bulan kedua, sebelum musim panas datang pada bulan Maret.

Begitu juga bulan-bulan yang terdahulu, letaknya didalam tarikh baru menjadi tergesr dua bulan, dan susunannya menjadi : Januarius, februarius, Martius, Aprilis, Maius, Junius, Quintrilis, Sextilis, September, October, November dan December.

Jadi kesimpulannya, tarikh tahun masehi yang dipakai secara internasional sekarang ternyata berdasarkan perhitungan astrologi Mesopotamia yang dikembangkan oleh ahli astronumi para penyembah dewa-dewa. Maka nama-nama bulan pun diguna pakai sempena nama dewa dan tokoh pencetus tarikh kalendar Masehi.

TRADISI SAMBUTAN TAHUN BARU MASEHI

Tahun baru masehi pertama kali dirayakan iaitu pada zaman kaisar romawi, Julius Caesar (45SM), untuk menghormati Dewa Janus (Dewa yang digambarkan bermuka dua, merupakan Dewa pintu dan semua permulaan).

Kemudian perayaan ini terus dilestarikan dan menyebar ke Eropah  (abad permulaan Masehi). Seiring dengan munculnya dan berkembangnya agama Nasrani, akhirnya perayaan ini diwajibkan oleh para pemimpin gereja sebagai satu perayaan "suci".

CARA SAMBUTAN

Orang Romawi kuno menyambut tahun baru dengan saling memberikan hadiah; iaitu potongan dahan pohon suci untuk merayakan pergantian tahun. Kini, mereka saling memberikan kacang atau 'syiling' lapis emas dengan gambar Janus.

Di Brazil, pada tengah malam setiap tanggal 1 Januari, sebahagian masyarakat Brazil berbondong-bondong menuju pantai dengan pakaian putih bersih. Mereka menaburkan bunga di laut, menanam tanaman atau buah-buahan seperti mangga, betik, tembikai dan lain-lainya di dalam passir pantai sebagai tanda penghormatan terhadap sang dewa lemanja, dewa laut yang terkenal dalam legenda negara tersebut.

Manakala menurut kepercayaan beberapa masyarakat Jerman pula, jika mereka memakan sisa hidangan pesta perayaan "New Year's Eve" pada tanggal 1 Januari, mereka percaya tidak akan kekurangan makanan selama setahun penuh.

Jadi kesimpulannya, diperhatikan bahawa beberapa masyarakat di sudut dunia ini merayakan tahun baru atas kepercayaan dan adat masing-masing. memang tidak dinafikan budaya orang Islam di Malaysia tidak melakukan kepercayaan tersebut, tetapi tradisi kemungkaran yang berleluasa dimana malam tahun baru menjadi hari untuk berpesta, bersama-sama rakan-rakan bercampur lelaki perempuan dengan tidak menjadi ikhtilat adalah salah satu jarum pengaruh dakyah kepada orang Islam.

Lihatlah dengan mata sendiri, sekitar di kota raya Kuala Lumpur apa yang diraikan disana. Pengalaman yang menyedihkan pernah dilihat semasa membuat Street Dakwah dan Flashmob di sekitar Dataran Merdeka dan KLCC beberapa tahun yang lalu. Ramai golongan muda terjebak dengan gejala sosial ber'couple', minum arak dll. Allahu. Nauzubillah......

Maka sebagai umat islam di Malaysia, dimanakah kewajarannya meraikan tahun baru apabila tiba tanggal 1 Januari tersebut ??

Perayaan ini tidak ada disebut dalam hadis dan Al-Quran, tiada dalam adat dan kebudayaan dan tiada satu pun sejarah yang dapat dikaitkan dengan kewajaran sambutan tersebut. Jadi mengapakah perlunya kita berhabis-habisan belanja wang ringgit untuk meraikannya ?

Lebih bahaya lagi kiranya kita melihat dari sudut aqidah! orang barat (Rome) meraikannya kerana menghormati dewa mereka, Janus. kita umat Islam apa yang perlu dihormati? Dan perlu ditanya juga, apakah hukum meraikannya dan dimana letaknya aqidah kita ?

Tidakkah ini jarum sulit dan dakyah barat yang telah berjaya di menterai ke dalam budaya kita, hinggakan sambutan ini menjadi satu kemestian yang perlu diraikan setiap tahun.....!!! Fikirkanlah....

Wallahualam...

Sumber: Buku Rahsia Untuk Umat Islam, Nazri Zakaria,Enoble Marketing,Ogos 2007