"Usah UJUB seperti SABUN, Menyangkakan diri Ampuh membersihkan bakteria dan diri sendiri, TAPI lupa kepada SANG PENCIPTA"
Analoginya cukup mudah;
Pernah tak korang pegang sabun? kerana struktur luarnya yang agak licin ketika basah membuatkan kadang-kadang terjatuh ke lantai.... Apa yang kalian akan buat?
Kalau ana, ana akan ambil semula dan basuhkan dengan air dan ana akan rasa confident nak pakai semula dan meyakini mungkin dah tak ada kekotoran pada dirinya....
Hebat kan SABUN?
Mampu membersihkan bakteria di tangan kita dan membersihkan bakteria di badannya sendiri...
Tapi JANGAN kita lupa sehebat-hebatnya ciptaan sabun yang mampu menghapuskan 99.99% bakteria...tapi jangan kita lupa kehebatan SANG PENCIPTA...
Ucaplah;
Kerana semua sekeliling kita adalah ciptaan dari Allah SWT yang Maha Agong...
MANUSIA diciptakan daripada tanah, SYAITAN daripada API, MALAIKAT daripada CAHAYA,
Bagaimana pula dengan HAIWAN ??
"Dan Allah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian (yang lain)berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia Kehendaki. Sungguh Allah Mahakuasa atas segla sesuatu" (Surah An-Nur : Ayat 45)
No comments:
Post a Comment