Tanggal 22 Mac 2019
Tengok header post tu biasa je kan? memang tiada apa yang special pun π cuma pergi kerteh naik bas...huhu....
Mungkin biasa bagi yang sudah biasa pergi jauh2 sendirian tapi tidak bagi ana...lagi2 saya orang pantai barat dan tiada sedara-mara di bahagian pantai timur...Ayah ana sangat2 risau, lagi2 ana perempuan dan nak pergi sendirian...Tapi macam biasa la....selepas pujukan dan penjelasan yang benar2 jelas mengenai perjalanan ke sana...Alhamdulillah ayah izinkan jua saya pergi....#DemiWalimahSahabat...gigih kan?
Kebelakangan ni ana memang agak gigih marathon walimah2 sahabat...sementara masih ada kudrat dan sekarang musim usia sahabat2 ana kahwin...huhu.. teringat kata-kata seorang sahabat....
"mungkin sekarang musim usia menghadiri walimah, manfaatkanlah kudrat dan masa yang ada, mana tahu kelak musim usia kita menziarahi sahabat2 yang sakit atau ziarah orang meninggal? tapi waktu itu kita sudah tiada daya..sedih bukan? " (Sorry tacing jap)
Baiklah, berbalik kepada cerita asal..
Ana jenis tak suka nak beli tiket bas last minute, memandangkan tarikh tersebut musim cuti sekolah...
So, ana beli tiket bas online je dekat busonlineticket.com sebab baca review dekat forum dan blog macam mudah so kita proceed... nak beli pakai apps dia pun ada..lagi mudah..tapi sebab dalam phone ana dah full macam2 apps, so xdan nk install apps lain, memory dah full (gambar,video dll lg...biasala perempuan) π
Macam biasa beli benda online kena la sign up dulu..yang paling penting jangan salah masuk email...sb detail tiket bagi kat email ye guys..
Yang lebih memudahkan kita boleh beli tiket dua hala (return) terus...so takdelah sampai destinasi nak beli tiket balik pula...mudah kan? Ni contoh tiket online tu:
Ana pilih bas Jasa Pelangi sebab untuk yang ada lalu area kerteh masa tu either jasa pelangi atau transnasional.
kat TBS tunjuk jela yang dah beli online ni, kat kaunter tunjuk gitu je kat handphone tak yah print pun xpe....then orang kaunter akan bagi kita punya boarding ticket la...free je xde charge print...
tiket TBS-KERTEH |
Mudah bukan? QR code tu mcm biasa touch masa nk masuk gate...tapi kalau beginner dun worry ada je orang ajarkan dekat gate tu...huhu..yang penting jangan malu bertanya... nanti nampak sangat "Bodoh Sombong" ye...hihi
Sebelum naik bas, jangan lupa inform driver bas nak berhenti dekat bus stop area McD Kerteh, tapi kalau ada orang lain juga nak berhenti situ tak perlu la sebab area kerteh xde terminal, kalau tido maybe driver cam la muka ko yang minta nak turun kerteh td (Kalau driver ingat muka ko la..haha).
Kalau driver jerit dah sampai kerteh tu xbangun2 juga...
CONFIRM!!! memang celik2 je dah sampai Kuala terengganu la baru bas berhenti, sebab bas yang saya naik ni jenis long distance yang banyak stop by , ni antara tempat yang dia berhenti ambil orang atau turunkan orang yang saya perasaan la...sebab ada tempat yang saya tertido ππππππ
TBS-UMP-TSK-Kemaman-Kemasik-Kerteh.....Kuala Terengganu
Seusai tiba di Kerteh saya terus ambik grab untuk ke tempat penginapan, alhamdulillah tak jauh.. charge RM6 je, memandangkan sahabat yang hadiri walimah dari arah utara belum tiba lagi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya,
Tanggal 23 Mac 2019
![]() |
Walimah Sakinah & Hisyam |
Ana call tanya nak tunggu kat mana???
Dia inform dekat bus stop berhampiran dengan balai polis kerteh....sebelahnya ada gerai orang jual air mangga, nah ana bagi gambar dengan location sekali https://goo.gl/maps/YR2agWyyF532
Dekat google map dia tulis Stesen Bas Kampung Baru
![]() |
Stesen Bas Kampung Baru |
minta la sekali no plat bas untuk jam yang dibeli (Confident sikit). Nanti dia tanya ko seat berapa, so dia assume seat tu orangnya jadilah di pick-up area kerteh.
Alhamdulillah perjalanan dari kerteh ke KL tak banyak hentian macam pergi, yang lama berhenti pun dekat TSK (Terminal Sentral Kuantan) untuk makan dan berhenti solat... cantik juga TSK ni dah ala-ala TBS juga ni.
Terminal Sentral Kuantan (TSK) |
Sampai sahaja di TBS dalam 11.30 malam ana agak berlari ke stesen BTS sebab nak kejar tren terakhir menghala ke ampang (kena tukar chan sow lin)....kalau tak? kena naik teksi/grab mahal la pulak ππ #hujungbulanpokai
Chan Sow Lin |
Okla masih ada beberapa orang |
Maka dengan itu, yang dah baca kisah saya ni terima kasih sebab duduk layan drama saya pasal naik bas je pun..haha
Terima kasih semua yang doakan saya selamat pergi dan balik sepanjang perjalanan...
Semoga bermanfaat, saya kongsikan khas untuk yang first time naik bas area kerteh juga, macam saya.
Sebelum end entry ni saya kongsi gambar tempat menarik yang sempat singgah 2 hari satu malam di kerteh ye...
Pantai Kuala Kertih (byk gerai makanan kat sini..yang goreng tepung pun ada) |
Pantai Kemasik |
ππππππππππππππππππππππππππ